Pengikut Boyzzonne

Wednesday, December 19, 2012

10 Kata-kata Perempuan Yang Diam-Diam Dibenci Lelaki


Ilustrasi pasangan bertengkar.

Kepada semua perempuan dinasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila ingin berkata atar berbual kepada pasangan. Sebab sememangnya lelaki diam-diam membenci kata-kata tersebut. Sila lihat tentang kata-kata perempuan yang diam-diam dibenci lelaki seperti yang dikatakan dari Yahoo Shine ini :

Kau Mirip Ayahmu
Sama seperti perempuan yang tidak suka dibandingkan dengan ibunya, lelaki juga geram jika dia dibandingkan dengan ayahnya. Terutama jika mereka dibandingkan dalam hal keburukan

Aku Sangat Gemuk!
Lelaki tidak suka kata-kata ini. Walaupun pada hakikatnya pasangan mereka ini terlebih berat badan, lelaki akan lebih suka menghargai perempuan yang mahu menerima dirinya sendiri.

Kau Merokok Lagi?
Daripada diberi kata-kata seperti ini, wanita sebaiknya menegur kebiasaan buruk lelaki dengan cara lebih baik. Contoh, "Sayang, aku khuatir dengan kesihatanmu. Bagaimana jika kau berhenti rokok?"

Bila Kamu Akan Sedia Untuk Mempunyai Anak?
Menjadi ayah dan ibu adalah perkara yang sangat serius. Berbincang hal ini dengan tiba-tiba boleh menyebabkan lelaki tidak suka dan akhirnya tidak ingin mempunyai anak.

Kita Perlu Berbincang
Kata-kata yang serius, menyalahkan dan kemungkinan besar boleh berahkir dengan buruk. Daripada membuat lelaki membenci kata-kata itu, sebaiknya wanita berkata, "Aku tahu kau tidak bermaksud begitu."

Bukan Sekarang Sayang (Untuk Suami Isteri)
Menolak ajakan untuk melakukan persetubuhan cukup membuat lelaki kesal dan merasa ia tidak diinginkan. Jika ada baiknya wanita menjelaskan alasan yang baik sekiranya ia tidak ingin berjimak dengan suaminya dan menolak dengan cara yang lembut.

Aku OK je
Terdengar kata-kata ini sering dikatakan oleh wanita. Sebenarnya hal ini akan dibenci lelaki dalam diam-diam. Sebab kebanyakan wanita berkata begini sebenarnya ia sedang tidak OK.

Berapa Harganya?
Masalah duit cukup sensitif untuk dibicarakan dalam hubungan rumah tangga. Wanita sebaiknya berhati-hati menjaga kata-kata ketika pasangannya memutuskan untuk membeli sesuatu barang. Percayalah, lelaki pasti sudah mempertimbangkan dengan teliti barang yang ingin dibelinya.

Kamu Tidak Romantik Lagi
Wanita sememangnya emosional, tetapi lelaki adalah lebih sensitif. Daripada mnilai mereka dengan berkata mereka tidak seperti biasa, lebih baik katakan dengan cara lain, seperti, "Aku berasa sedih kerana kau tidak dapat mengingat hari jadiku dengan baik, seperti aku ini tidak penting."

Jadi, kata Teman lelaki aku...
Jika perempuan mempunyai kawan baik lelaki, jika mahu menjaga hatinya, tidak perlu cerita tentang teman lelaki anda kerana ada lelaki tidak sukakanya


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive