Pengikut Boyzzonne

Friday, December 21, 2012

Panas! Senarai Selebriti Wanita Malaysia Yang Hilang Dara 2012!!

Tahun 2012 sememangnya memberi pelbagai kenangan pahit dan manis buat beberapa selebriti tanah air.


Antara yang menggamit kenangan adalah apabila saat-saat artis ini diijabkabulkan dengan pasangan masing-masing.

Ada diantara mereka yang kedua-duanya merupakan pasangan selebriti, malah ada juga yang hanya salah seorang saja yang terlibat di dalam industri hiburan ini.

Berikut adalah beberapa senarai selebriti yang menamatkan zaman bujang mereka pada 2012.

Fasha Sandha & Jejai – Setelah bercinta dengan agak lama, akhirnya mereka telah berkahwin pada April 2012 di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Kini mereka sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung pada tidak lama lagi.


Yusry KRU & Lisa Surihani – Ramai yang tidak menyangka semasa mereka membuat pengumuman ingin melangsungkan perkahwinan. Ini kerana masing-masing pandai menyembunyikan hubungan percintaan. Kini perkahwinan yang berlangsung pada Februari lalu bakal berusia setahun pada tidak lama lagi. 


Awal Ashaari & Scha Al-Yahaya – Peminat amat kecewa semasa majlis akad nikah berlangsung pada May lalu. Sebabnya, jika diikut pada perancangan ia bakal disiarkan secara langsung tetapi oleh kerana ada kesilapan teknikal, ia terpaksa dibuat secara rakaman. Apa-apa pun majlis itu berlangsung dengan meriah sekali.


Ustaz Don Daniyal & Husna – Ramai yang menyatakan sejuk mata memandang apabila melihat pasangan ini. Majlis pernikahan dan resepsi berlangsung dengan begitu sederhana. Tahniah diucapkan.


Ally Iskandar & Fara Lee – Ternyata walaupun jarak usia melebihan 13 tahun, tetapi itu tidak menjadikan halangan buat pasangan ini. Mereka diijabkabulkan atas pilihan keluarga. Kini Ally setia menanti isterinya yang sedang belajar di Korea untuk pulang tinggal bersama.


Ella & Azhar – Ratu rock negara akhirnya menamatkan zaman bujangnya pada usia 46 tahun dengan juruterbang Firefly. Kedua-dua pasangan ini nampak sempoi dan amat kelakar!


Azza Elite & Azlan – Pernikahan yang berlangsung di dalam masjid telah menimbulkan kontroversi gara-gara Azza tidak menutup aurat. Tetapi Azza telah pun menyatakan yang dia tidak sengaja dan akan lebih sensitif selepas ini.


Irma Hasmie & Redza Syah – Ramai yang cemburu melihat wajah suami Irma ini. Mereka telah bertemu semasa mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Ternyata pertemuan mereka diredhai. Kini Irma dan Redza sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka.


Natasha Hudson & Carleed Khaza – Ini adalah perkahwinan ketiga buat Natasha. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung dengan serdehana sekali. Natasha yang kini sudah bertudung sedang sarat mengandung hasil perkahwinannya dengan Carleed.


Farid Kamil & Diana Danielle – Banyak kontroversi yang berlaku selepas perkahwinan mereka. Diana dikatakan hamil 16 hari selepas baru saja dua minggu berkahwin. Selepas itu, Farid pula dikatakan tidak sensitif dengan undang-undang apabila memakai pakaian Angkatan Tentera Malaysia.


Semoga perkahwinan yang dibina kekal selamanya. Tahniah!

Selebriti terakhir yang bakal berkahwin sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya adalah penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan Lueniey Natasha pada 29 Disember ini.

-Mynewshub

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive