Pengikut Boyzzonne

Thursday, December 20, 2012

Maut ketika lompat pagar Jalan Sultan Hishamudin

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dengan keadaan seluarnya tertanggal dipercayai tersangkut ketika cuba
melompat pagar laluan pejalan kaki Jalan Sultan Hishamudin menghala ke bulatan Masjid Negara, di Jalan Travers, di sini semalam.

Mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian badan.

Menurut sumber, mangsa cuba melompat pagar untuk melintas jalan, namun seluarnya tersangkut sebelum dia terjatuh dan kepala terhantuk di atas batu jalan.

Mangsa juga dipercayai gelandangan dan juga penagih dadah selain berada di bawah pengaruh alkohol tinggi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asistem Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, identiti mangsa masih belum diketahui namun dipercayai warga asing iaitu mirip warga Myanmar.

Menurutnya, mayat ditemui dalam keadaan berbaju T dan seluar jean yang dipakai tertanggal.

“Terdapat juga kecederaan di bahagian lutut, siku dan belakang kepala di percayai jatuh semasa memanjat pagar besi semasa melintas jalan raya.

“Tiada sebarang kecederaan lain yang berunsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive