Pengikut Boyzzonne

Thursday, December 20, 2012

Pekerja menjerit, penyamun mati


KUALA LUMPUR – Malang berganda buat dua penyamun bersenjatakan parang apabila bukan sahaja gagal menyamun sebuah pusat internet, malah salah seorang mereka mati selepas
ditembak polis dalam kejadian di Taman Len Seng, Cheras di sini kelmarin.
Kejadian pukul 10 malam itu berlaku ketika suspek berusia 33 tahun dan mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kes curi kereta bersama rakannya terserempak dengan anggota polis yang sedang melakukan rondaan.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, selepas diarahkan berhenti, salah seorang penyamun cuba menyerang anggota polis berkenaan.
Katanya, anggota polis itu terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek untuk mempertahankan diri.
“Suspek mati selepas ditembak di dada manakala rakannya dapat melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.
“Siasatan mendapati mereka cuba menyamun premis itu namun gagal selepas pekerjanya menjerit. Suspek dari Desa Baiduri di sini itu pernah ditahan berhubung kes dadah,” katanya ketika ditemui.
Sumber Kosmo

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive