Jutawan Virgin Group Richard Branson akan memakai skirt merah dan menghidangkan minuman dalam penerbangan AirAsia pada Mei tahun depan, menurut 'tweet' oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes.
"Sekarang di sini adalah seorang lelaki dengan penghormatan @richardbranson yang baru sahaja menghubungi saya untuk menghormati pertaruhannya. Dia akan menjadi
pramugari AirAsia pada Mei," Fernandes menulis di Twitter.
Beliau berkata walaupun Branson lewat dua tahun terhadap pertaruhan yang telah dibuat sebelum ini dengannya, beliau tidak memungkirinya.
Pada Disember 2009, Branson yang juga pemilik pasukan Virgin telah mencabar pasukan Lotus F1 yang mana Fernandes adalah Prinsipalnya untuk mengalahkan kumpulan Virgin Racing beliau dalam musim kejuaraan Formula 1 2010.
Yang kalah perlu memakai skirt dan berkhidmat sebagai seorang pramugari di atas penerbangan pemenang.
Pasukan pemilik penerbangan Virgin itu menamatkan perlumbaan di belakang pasukan Fernandes tetapi kemudian cedera di bahagian lututnya pada tahun 2011 dan terpaksa menangguhkan untuk mengotakan janji untuk pertaruhan.
Menurut laporan, selepas kalah pertaruhan, Branson perlu memakai pakaian seragam yang direka khas untuk dipadankan dengan 180cm bidang dadanya, dan akan melayan penumpang dalam penerbangan antara Kuala Lumpur dan London.
Ia menambah bahawa semua hasil kutipan daripada penerbangan yang disewa khas akan disumbangkan untuk tujuan amal mengikut pilihan Branson.
Walau bagaimanapun, AirAsia telah menghentikan penerbangan ke London.
No comments:
Post a Comment