Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 8, 2012

Bekas pelatih PLKN sertai program 1M4U


Sebanyak 1,000 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan menyertai majlis pelancaran program 1Malaysia For Youth (1M4U) di Espalanade KLCC di sini pada 15 Julai ini.
Kesemua peserta terlibat merupakan lepasan pelatih PLKN dari lapan kem seluruh Selangor yang baru selesai mengikuti program itu baru-baru ini.
Menjelang pelancaran 1M4U, peserta akan dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk menjalani kerja-kerja sukarelawan di tiga buah lokasi berbeza pada sebelah pagi.
Seramai 500 peserta akan berada di KLCC di sini bagi menjalankan aktiviti promosi manakala 300 peserta akan menuju ke Kampung Batu, Ampang dan selebihnya akan ditempatkan di Kampung Orang Asli, Gombak, Selangor.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive