Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 12, 2012

Top 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012


senarai 20 orang paling kaya di Malaysia 2012 telah dikeluarkan oleh Majalah Malaysian Business berdasarkan aset pegangan syarikat pada 20/1/12. Tan Sri Syed Mokthar Albukhary kekal sebagai individu Melayu paling kaya dengan jumlah aset RM6.01 billion (2010) kepada RM.84 billion (2011) dan meningkat kepada RM9.53 Billion pada tahun 2012. Kedudukan Tan Sri Mokhtar keseluruhan top 20 terkaya Malaysia juga meningkat dari tangga ke tujuh 2010 dan 2011 ke tangga ke lima pada 2012.

Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM45.7 billion tetapi merosot 8% berbanding jumlah aset beliau pada tahun 2011. Tan Sri Ananda Krisnan juga kekal sebagai
orang kedua paling kaya di Malaysia dengan kekayaan yang bertambah dan menghampiri jumlah aset TS Robert Kuak iaitu RM42.998 Billion.
Mengikut biografi semua individu terkaya di Malaysia kejayaan yang mereka kecapi sekarang hasil kerja kuat, disiplin dan tidak takut gagal. Walaupun telah mengumpul billion ringgit mereka terus bekerja kuat menyediakan peluang pekerjaan kepada beratus ribu rakyat Malaysia. Hampir semua orang kaya yang tersenarai ini mempunyai sifat pemurah dengan menyumbang jutaan ringgit untuk kepentingan masyarakat dan kumpulan yang memerlukan. Sifat yang kita semua mesti contohi.

Bil.
Nama
Kekayaan (RM Billion)
Syarikat
1.
Robert Kuok Hock Nien
45.700
Kerry Group/Kuok Group
2.
T Ananda Krishnan
42.998
Usaha Tegas
3.
Tan Sri Teh Hong Piow
12.642
Public Bank
4.
Tan Sri Lee Shin Cheng
11.356
IOI Group
5.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
9.530
Albukhary Foundation
6.
Tan Sri Quek Leng Chan
8.002
Hong Leong Malaysia
7.
Tan Sri Lim Kok Thay
7.585
Genting Group
8.
Puan Sri Lee Kim Hua
6.588
Genting Group
9.
Tan Sri Tiong Hiew King
6.411
Rimbunan Hijau
10.
Ong Beng Seng
4.919
Hotel Properties Ltd
11.
Tan Sri Azman Hashim
3.470
Arab-Malaysian Corp
12.
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun
2.541
Berjaya Group
13.
Datuk Mokhzani Mahathir
1.937
Kencana Petroleum
14.
Datuk Lee Yeow Chor
1.787
IOI Group
15.
Tan Sri Tony Fernandes
1.772
AirAsia
16.
Lee Yeow Seng
1.746
IOI Group
17.
Tan Sri Lau Cho Kun
1.721
Hap Seng Consolidated
18.
Tan Sri Yeoh Tiong Lay
1.711
YTL Group
19.
Tan Sri Lee Oi Hian
1.589
Batu Kawan
20.
Datuk Lee Hau Hian
1.586
Batu Kawan

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive