Ibu kepada Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff cedera akibat dipukul sebelum dirompak barangan kemas dan wang tunai berjumlah lebih RM30,000 awal pagi ini.
Mangsa, Fatimah Ahmad, 73, berkata, pada kejadian pukul 4 pagi itu, seorang lelaki bertopeng telah memecah masuk ke
dalam rumahnya di Jalan Baru di sini ketika beliau sedang nyenyak tidur.
Katanya, beliau yang tinggal berseorangan dalam rumah itu dikejutkan oleh suspek dan memintanya menyerahkan barang berharga sambil mengacukan sebilah pisau lipat.
"Dari loghat percakapannya (perompak), dia orang sini (Pulau Pinang)...dia ugut hendak bunuh, tengok sahaja kilatan pisaunya, saya terus serahkan rantai emas, gelang tangan dan dua bentuk cincin yang dipakai berharga kira-kira RM30,000.
Beliau berkata, tidak berpuas hati dengan barangan kemas itu, perompak terbabit juga memukulnya sehingga mata kirinya lebam dan bengkak sebelum lelaki itu melarikan beg tangan berisi wang RM4,000.
No comments:
Post a Comment