Pengikut Boyzzonne

Monday, July 9, 2012

Kerani kena ragut meninggal dunia


Seorang kerani akaun sebuah syarikat menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Melaka semalam selepas 23 jam bertarung maut akibat cedera parah diragut ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya kelmarin.
Mangsa, Tang Mui Choo, 35, dari Taman Pokok Mangga di sini yang masih bujang, meninggal dunia pada pukul 7 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan R. Gunarajan berkata, sehari sebelum itu, Mui Choo yang menunggang motosikal Yamaha SS110 dalam perjalanan ke tempat kerjanya diragut ketika melalui Jalan Benteng, Balai Panjang di sini.
“Semasa kejadian pada pukul 8.05 pagi, mangsa dihampiri dari belakang oleh sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z yang dinaiki dua lelaki berpakaian serba hitam.
“Salah seorang lelaki itu meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam bakul motosikal menyebabkan berlaku sedikit pergelutan sebelum mangsa terjatuh dari motosikal.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive