Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 8, 2012

Snowalk @ I-City Shah Alam | Gambar


Taman tema Snowalk di I-City, Shah Alam telah pun dirasmikan pembukaannya pada Hari Krimas tahun 2010. Ianya merupakan taman tema salji terbesar di Malaysia dan bernilai RM20 juta.
Antara tarikan utama bagi pengunjung Snowalk ialah iglu, istana, kapal dan jambatan gantung yang diperbuat daripada salji dan diserikan dengan cahaya lampu berwarna-warni. Terdapat juga pelbagai permainan musim salji yang disediakan di Snowalk iaitu gelanggang luncur ais, keretapi, gelongsor salji dan beberapa permainan kanak-kanak.
Tiket untuk masuk ke taman tema Snowalk adalah sebanyak RM25 bagi orang dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Bayaran yang dikenakan itu termasuk dengan baju sejuk. Kasut pula boleh disewa dengan bayaran sebanyak RM10.
Snowalk dibuka pada jam 10 pagi hingga 1 pagi untuk hari Isnin hingga jumaat, manakala pada jam 10 pagi hingga 2 pagi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Taman tema ini sesuai untuk dikunjungi oleh semua golongan umur dan keluarga.

snowalk icitysnowalk icitysnowalk icitysnowalk icity

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive