Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 8, 2012

Cucu saksi datuk dirempuh lori - Jalan Kuala Terengganu-Kuantan


ORANG ramai melihat lori yang dipandu oleh Mohd. Hamzah (gambar kecil) merempuh pokok rhu manakala di sebelahnya ialah lori yang melanggarnya dari belakang dalam kemalangan di Marang, Terengganu 

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang seronok menunggu kepulangan datuknya terpaksa menjadi saksi warga tua itu terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan nyawanya di Kilometer 33, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pulau Kerengga ..
Dalam kejadian pada pukul 10.45, pagi itu, Farah Syazira Mohd. Norham Shamsuddin sedang dipangku oleh neneknya, Normah Abdul Razak, 49, ketika menunggu kepulangan Mohd. Hamzah Ismail (gambar kecil), 51, daripada mengambil bekalan buah tembikai untuk dijual di gerainya di situ.
Namun sebaik sahaja Farah Syazira ternampak lori yang dipandu datuknya itu yang lebih mesra dipanggil 'ayah', kenderaan itu terus
dirempuh sebuah lori lain dari belakang.
Akibatnya, lori itu terbabas dan melanggar sebatang pokok rhu di hadapan isteri dan cucunya.
"Cucu saya (Farah Syazira) beritahu, datuknya dah nak sampai bila nampak lori suami saya memberi isyarat untuk masuk ke tepi jalan.
"Tiba-tiba kami yang duduk di sebuah pangkin tidak jauh dari situ nampak sebuah lori lain dalam keadaan laju telah melanggar belakang lori suami saya.
Katanya, muka Farah Syazira menjadi kebiru-biruan manakala anak perempuannya yang berusia 24 tahun pula hampir pengsan melihat Mohd. Hamzah yang berlumuran darah tersepit di tempat duduk pemandu.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive