Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 12, 2012

Madonna Sewa Panggung Buat kekasih


MADONNA telah menyewa seluruh panggung wayang di The Tuschinski, Holland agar dia dapat berhibur bersama kekasihnya, Brahim Zaibat.
Menurut laporan Daily Mail, penyanyi yang berusia 53 tahun itu dilihat begitu intim dengan Brahim, 24, dan saling berpegangan
tangan menghabiskan masa bersama-sama di Amsterdam.
Brahim yang merupakan penari latar Madonna pula kelihatan begitu teruja menonton wayang bersama kekasihnya itu selepas selesai konsert jelajah MDNA.
Bagaimanapun, mereka tidak pergi menonton berdua, sebaliknnya anak Madonna, Lourdes, pengurus, Guy Oseary dan ahli silap mata, David Bline turut bersama-sama ke panggung wayang tersebut.
Penyanyi yang popular dengan lagu Like A Virgin itu muncul dengan gaya yang santai dengan hanya berseluar denim serta padanan baju kardigan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive