Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 8, 2012

Rayu Nurayu pulang selepas empat tahun hilang


Keluarga Nurayu Nasir (gambar), 24, yang melarikan diri dari rumah bersama teman lelakinya sejak empat tahun lalu dirayu pulang kerana ibunya kini dimasukkan ke hospital kerana penyakit darah tinggi.
Kakaknya, Melati, 31, berkata, emaknya, Asnah Aman, 51, kini sering sakit dan
merindui Nurayu sejak kebelakangan ini.
"Emak sekarang selalu sakit-sakit. Kakak harap adik (Nurayu) pulang jenguk emak.
Menurut Melati, Nurayu lari dari rumah ketika dia berusia 20 tahun dan anak keempat daripada 10 beradik itu menghilangkan diri setelah tidak pulang semula ke rumah selepas keluar pergi membeli barang ke kedai runcit kira-kira pukul 9 pagi pada 26 Ogos 2008.
"Sebelum keluar, adik hanya tinggal berdua di rumah bersama nenek dan beritahu dia hendak ke kedai. Namun setelah tidak pulang hingga pukul 12 tengah hari, nenek menghubungi ayah.
"Ayah menghalang percintaan adik kerana mahu dia yang baru menerima keputusan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) ketika itu melanjutkan pengajian di universiti," jelasnya.
Sesiapa yang mengenali Nurayu diminta menghubunginya di 019-771 8766 atau ibunya di 010-501 8899.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive