Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 8, 2012

Roti canai terpanjang


 Komuniti India Muslim di negeri ini mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records(MBOR) menerusi penghasilan roti canai terpanjang.
Acara itu yang julung-julung kali diadakan sempena Hari Kebudayaan India Muslim anjuran Pertubuhan India Muslim Malaysia menyaksikan 2,786 keping roti canai diatur sepanjang Lebuh Buckingham dengan jarak keseluruhan 400 meter.
Pengerusi penganjur, Meera Mydin Mastan berkata, proses membuat roti canai itu mengambil masa hampir lapan jam bermula 4.30 pagi semalam menggunakan 600 kilogram tepung gandum.

Meera Mydin berkata, roti canai terbabit kemudiannya diagih untuk dimakan oleh pengunjung karnival yang diadakan sehari itu yang bermula sejak pukul 8 pagi hingga 11 malam ini.
Sementara itu, kira-kira 10,000 pengunjung termasuk pelancong hadir pada festival sehari itu yang mempromosikan adat resam dan amalan tradisi masyarakat India Muslim.

1 comment:

  1. waaa dahsyatnyer.... roti canai.
    favoutite saya di malam hari.

    ReplyDelete

SHARE THIS

Blog Archive