Pengikut Boyzzonne

Tuesday, July 10, 2012

Serangan Pedang Samurai Di Jabatan Perdana Menteri


Seorang lelaki mati ditembak selepas mengamuk dengan membawa pedang dan merosakkan kenderaan polis dan orang awam di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, petang tadi.
Turut ditembak rakannya seorang wanita.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, ketika sebahagian kakitangan JPM pulang daripada waktu makan tengah hari, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan
memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.
Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive