Pengikut Boyzzonne

Monday, July 9, 2012

Penamat sengketa orang tua berjiran - Mati ditetak kepala dan pinggang


Perbalahan antara dua warga emas yang tinggal bersebelahan sejak beberapa tahun lalu sampai ke kemuncaknya apabila salah seorangnya bertindak nekad menetak kepala dan pinggang jirannya hingga mati dalam kejadian di Kampung Changkat, Kampar kelmarin.
Kejadian pukul 9.30 malam itu mengakibatkan Wong Cheong Heng, 73, mati di situ selepas cedera parah di kepala dan pinggang ditetak oleh jirannya yang berusia 62 tahun.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek yang tinggal berjiran sudah lama bertengkar.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive