Suasana tenang di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) tiba-tiba bertukar menjadi gamat apabila diserbu ratusan peminat. Kejadian yang berlaku jam 9.30 malam tadi ni gara-gara para peminat yang teruja mahu menyambut kedatangan idola kesayangan mereka- bintang remaja sensasi, Justin Bieber serta penyanyi R&B-Hip Hop kegilaan ramai Jay Park juga lima gadis idaman peminat lelaki, Kara. Kehadiran mereka ke tanah air sempena konsert MTV Worldstage yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, di Sunway Surf Beach Resort.
Seperti biasa, peminat Kara kelihatan lebih bersemangat apatahlagi ini merupakan kunjungan kali pertama hitmaker Step ini ke sini. Sambil dengan penuh sabar menanti, peminat membuat satu barisan panjang. Ada yang memengang banner, sepanduk tanda alu-aluan. Juga tak ketinggalan ada yang bersiap sedia mahu memberikan hadiah kepada Gyuri, Seungyeon (yang baru saja keluar dari hospital akibat diserang simptom anemia), Jung Nicole, Hara dan Jiyoung.
Tekan readmore untuk tengok banyak gambar
.
Kira-kira jam 9.45 malam bergema ruang ketibaan di tingkat lima KLIA apabila Jaywalkersfans mula menjerit sebaik saja terlihat kelibat idola pujaan yang di nanti-nanti. Dengan penuh tenang, Jay Park muncul sambil melambaikan tangan dan mengukir senyuman ke arah para peminat. Memandang ini kali kedua Jay datang, peminat berteriak “Selamat Kembali Jay!!!” “What’s up Jay!” “Apa khabar Jay!” “Kami sayang awak Jay!”-Jay Park membalas “Hi!” sambil mengukir senyuman.
.
.
.
.
Sepuluh minit selepas kemunculan Jay, keadaan semakin happening apabila lima dara cantik lagi seksi, Kara pula tiba. Ini kunjungan kali pertama Kara ke sini. Kamilia (gelaran untuk fans) sepakat berteriak,”Kara,Kara, Kara!!, Welcome Kara!, “Hara, neomu yeppo! (maksudnya “Hara, awak sangat cantik!”).
.
.
.
.
.
.
Bagaimanapun sedang sekalian peminat Jay Park dan Kara bergembira, Beliebers (gelaran untuk fans Justin Bieber) diselubungi rasa hampa apabila sebahagian daripada mereka telepas untuk bertemu dengan pelantun Boyfriend itu. Lebih terkilan ada di kalangan mereka yang sudah menunggu ketibaan Bieber sejak jam 5 petang lagi.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Bieber keluar dari balai perlepasan di ruang VIP (tingkat atas) sedangkan sebahagian fans menantinya di balai ketibaan di tingkat bawah.
“Dia baru saja keluar tadi, ikut sini (VIP) lima minit sebelum Kara keluar. Takder fans pun tadi. Mungkin sebab mereka tunggu di bawah. Bieber berbaju-T warna merah jambu dan berseluar jeans tiba bersama Selena Gomez. Mereka terus menuju ke lobi dan menaiki kereta jenis Audi Q7 berwarna hitam dan terus meninggalkan lapangan terbang”, kata sumber tersebut yang enggan identitinya dikenali.
Nak JB? Takder. JP (Jay Park) ada. Releks la Bielebers, korang boleh jumpa Bieber di Sunway Surf Beach Sabtu ni nanti!
.
Konsert MTVWorldstage bakal menyaksikan Justin Bieber sebagai pembuka tirai (dikhabarkan sebaik selesai persembahan, Bieber akan bergegas ke Australia). Kemudian konsert akan bersambung dengan Kara, Jay Park dan Mizz Nina dihadapan hadirin yang dijangka bakal mencecah hampir 15,000 orang.
sumber jomberita
No comments:
Post a Comment