Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Batu 7, Jalan Kapar. Gambar kecil: Kok Kian. |
Treler berkenaan yang juga datang dari arah Klang berada di hadapan kilang itu sementara menunggu
pengawal membuka pagar. Bagaimanapun bahagian belakang treler itu masih berada di jalan raya manakala bahagian hadapan pula sedang bersiap sedia untuk masuk ke kawasan kilang.
Mangsa, Tew Kok Kian, 29, yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak ke jalan raya.
Ketua Trafik IPD Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.20 pagi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Kapar.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal mangsa merempuh bahagian belakang sebuah treler dan rempuhan kuat menyebabkan kepala mangsa terhantuk pada besi di bahagian belakang treler itu sebelum mangsa tercampak ke jalan raya.
“Hantukan kuat itu menyebabkan bahagian muka dan kepala mangsa hampir terbelah dua.
Sejurus kejadian itu, menurutnya, mangsa yang mengalami pendarahan serius di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
No comments:
Post a Comment