Hukum Muhallil (Kahwin Cina Buta) | Dalam masyarakat melayu kita biasa mendengar “Cina buta“, ada sesetangah memahami “cina buta” adalah sebagai satu perlakuan yang telah dirancang oleh pihak tertentu, sekiranya berlaku kejadian tersebut adakah perkahwinan semula di antara bekas suami dan bekas isteri yang ditalak tiga itu sah setelah “cina buta” selesai dilakukan? Bolehkah ia dilakukan? Ikuti ulasan di bawah ini.
Kahwin cina buta iaitu seseorang lelaki mengahwini perempuan yang telah ditalak tiga kali oleh suaminya setelah habis masa iddahnya ia berkahwin dengan wanita tersebut kemudian mentalaknya dengan tujuan agar bekas suaminya yang pertama dapat kahwin dengan dia kembali. Kahwin semacam ini termasuk dosa besar dan mungkar yang diharamkan oleh Allah dan orang yang melakukannya mendapat laknat daripada Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Allah melaknat muhallil (yang kahwin cina buta) dan muhallalnya (bekas suami yang menyuruh orang menjadi muhalil) (Riwayah Ahmad)
No comments:
Post a Comment