Nasrur Alimin Mohamad, 34, yang ditembak dua lelaki berpakaian serba hitam di Taman Sentosa Jaya, Badang dekat sini dua bulan lalu meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian .
Menurut beliau, dalam kejadian pada 3 Mei lalu, Nasrur ditemui cedera parah akibat terkena
beberapa das tembakan di betis kanan dan ditetak di kepala serta pergelangan tangan kanan selepas keluar dari kedai runcit yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.
Mangsa yang bekerja sebagai pembekal peralatan makmal di hospital di sini singgah di kedai runcit tersebut untuk membeli kad tambah nilai prabayar dan gula-gula.
No comments:
Post a Comment