KOTA BHARU: Eksperimen seorang remaja memasukkan 10 botol minuman plastik 500 mililiter ke dalam seluar untuk dijadikan pelampung mengundang tragedi apabila dia mati lemas selepas botol digunakannya itu terkeluar dari
seluarnya dalam kejadian di Sungai Banggol, Kubang Tuman, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Muhammad Hafiz Fakri Mohamed, 13, pada mulanya mandi bersama empat rakannya di kawasan cetek di tepi sungai, tetapi tiba-tiba menuju tengah sungai dengan memasukkan botol plastik ke dalam seluarnya.
Pada mulanya dia gembira kerana badannya terapung, tetapi tidak lama kemudian, terkapai-kapai dan tenggelam timbul sambil meminta tolong.
Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan apabila dihanyutkan arus deras dan mayatnya ditemui setengah jam kemudian oleh penduduk kampung beberapa meter dari tempat dia tenggelam.
Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan apabila dihanyutkan arus deras dan mayatnya ditemui setengah jam kemudian oleh penduduk kampung beberapa meter dari tempat dia tenggelam.
No comments:
Post a Comment