Pengikut Boyzzonne

Thursday, August 9, 2012

Pelajar buat klip video naikkan semangat Chong Wei


SHAH ALAM - "You are a champion. You are a champion and you should know that. Forget the do's and dont's, the mistakes and drawbacks." Begitulah kata-kata pembukaan satu klip video berjudul
"To: Datuk Lee Chong Wei", dihasilkan oleh seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta tempatan.

Klip video 1.37 minit antara lain bertujuan memberi semangat kepada Chong Wei yang kelihatan kecewa selepas gagal dalam misi mengutip emas Sukan Olimpik buat kali kedua.

Ahad lalu, Chong Wei memenangi pingat perak buat Malaysia setelah tewas 21-15, 10-21 dan 19-21 di tangan pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki Olimpik 2012.

Ini merupakan pingat peraknya yang kedua setelah tewas kepada Lin Dan dalam acara sama di Sukan Olimpik Beijing, empat tahun lepas.

Klip video itu dimuat naik di laman YouTube kelmarin.

Sehingga jam 4 petang ini, ia sudah diakses lebih 47,000 kali, selain menerima lebih 200 komen.

Skrip klip video itu ditulis oleh Ho Ming Han, 23, manakala rakaman dibuat oleh Bryan Lim, 22.

Ia boleh diakses di http://www.youtube.com/watch?
gl=US&feature=player_embedded&
v=71V6LIZiCO0














Ming Han ketika dihubungi Sinar Harian Online terkejut apabila ia ditonton lebih 47,000 kali.

"Video ini merupakan satu bentuk penghormatan kami kepada Datuk Lee Chong Wei atas semangat kesukanan yang dipamerkan semasa bertanding melawan Lin Dan.

"Tetapi saya terkejut apabila video kami ditonton lebih 47,000 kali dan komen yang diberi terdiri daripada pelbagai bahasa," katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi pagi ini.

Ming Han mengakui dia kagum dengan sikap rendah diri dipamerkan oleh Chong Wei selama ini, ditambah pula dengan reaksi beliau yang menyentuh hati ketika kalah di tangan Lin Dan dari China dalam acara akhir perseorangan lelaki, Sukan Olimpik 2012 di Arena Wembley, London, Ahad lalu.

"Saya dapat melihat bagaimana beliau kecewa atas kekalahan itu dan dia masih meminta maaf kepada rakyat Malaysia," katanya.

Ming Han, pelajar tahun akhir pengajian psikologi itu berkata, klip video itu dimuat naik hampir jam 12 tengah malam, 6 Ogos lalu.

Melalui video mesej itu, Ming Han berharap Chong Wei dapat beraksi pada Olimpik 2016 nanti menegaskan, apa yang dilakukan oleh Chong Wei pada malam pertandingan akhir itu tidak mampu dilakukan rakyat Malaysia yang lain.

Malah katanya lagi,Chong Wei telah mampu menyatukan seluruh masyarakat melalui sukan dan aksinya itu mendapat perhatian daripada seluruh dunia.

"Peminat bukan hanya melihat kemahiran dan kemenangan atlet itu sahaja tetapi kami juga melihat serta menilai sikap atlet tersebut," katanya.

Kata-kata Ming Han yang menarik dalam mesej klip videonya itu adalah "sure, he's (Lin Dan) got the gold and he took the medal but you (Chong Wei) took home hearts that won't fade or go brittle".

Kata-kata itu menjadi bualan di laman YouTube dan video tersebut menerima pelbagai respons yang rata-ratanya menyokong tindakan Ming Han.

Antaranya, seorang pengikut Ming di laman YouTube yang berdaftar atas nama Faukaz berkata: "Awesome video bro! This video make me realised that not only Datuk Lee Chong Wei able to unite a nation but your inspiring simple video could do the same to all Malaysians as well."

Pengikut lain, Taurisme berkata: "He's won an accessory, you won a people... nice word bro... LCW united us, Malaysian!!!

Seorang lagi pengikut yang menggunakan nama Adenxassasin berkata: "Datuk Lee Chong Weikeeps on apologising for not getting Malaysia the gold medal. Well, we don't accept your apology, Datuk Lee Chong Wei. Although you did not get a gold medal for Malaysia, but you did give Malaysia and the Malaysians a gold moment! So please don't stop playing!!"

Kenyataan itu disokong Mingrui yang menyatakan bahawa "Sangat benar, kamu (Chong Wei) memiliki 28 juta orang di belakang kamu. Ia sungguh tidak ternilai."
 


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive