ROME (Itali) – Kamera tersembunyi sebuah stesen televisyen berjaya merakamkan aksi seorang doktor di sini yang mengambil kesempatan mencabul pesakitnya.
Dalam insiden tersebut, jelas kelihatan doktor itu meraba-raba seorang wanita yang
datang mendapatkan khidmat perubatan di klinik lelaki berkenaan.
datang mendapatkan khidmat perubatan di klinik lelaki berkenaan.
Kamera tersembunyi itu memang sengaja dipasang oleh krew televisyen untuk sebuah program berjudul ‘Striscia La Notizia’.
Peristiwa tersebut dilaporkan secara meluas oleh media Itali bulan lalu.
Menurut laporan, ketika doktor tersebut sedang asyik ‘mendiagnosis’ pesakitnya, Jimmy Ghione, wartawan stesen televisyen itu, terus meluru masuk ke bilik rawatan.
Doktor tersebut yang marah dan malu, terus menyerang Ghione.
Dikatakan, stesen televisyen tersebut memang merancang untuk ‘mengenakan’ doktor berkenaan yang didakwa telah banyak kali melakukan perbuatan jenayah itu kepada para pesakitnya.
Malah, ‘pesakit’ yang diraba doktor tersebut sewaktu ‘kantoi’ juga adalah krew yang menyamar.
Menurut laporan akhbar, doktor tersebut sempat memberitahu ‘pesakitnya’ itu supaya jangan risau kerana dia tidak akan membuatkan wanita itu hamil.
Wah…ini baru betul-betul WAKENABEB!!!!
No comments:
Post a Comment