Pengikut Boyzzonne

Thursday, August 9, 2012

Terjatuh ketika memancing sungai Johor dekat Kg Kelantan


KOTA TINGGI – Seorang lelaki berusia 58 tahun di sini dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Johor berhampiran Jeti Kampung Kelantan dalam kejadian kira-kira jam 7 petang kelmarin.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa V Subramaniam, yang tinggal di Flat Sri Saujana di sini bersama dua lagi rakannya sedang memancing sebelum dia terjatuh ketika dikatakan hendak
mengambil mata kailnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Tinggi, Azman Jantan ketika ditemui berkata, pihak bomba menerima laporan mengenai kejadian itu kira- kira jam 10.06 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian satu minit kemudian.
“Kita menerima maklumat daripada pihak polis yang menyatakan seorang lelaki terjatuh ke sungai tersebut ketika sedang memancing bersama dua lagi rakannya.
“Sejurus menerima laporan tersebut kita bergegas ke lokasi kejadian dan kerana keadaan sekitar yang gelap kita hanya melakukan operasi mencari di sekitar tebing sungai,” katanya.
Menurutnya, operasi mencari disambung semula sekitar jam 8.40 pagi semalam dengan dibantu seramai 15 anggota bomba penyelamat, anggota Marin berserta tiga buah bot.
Sementara itu, anak mangsa, S Amuta, 32, ketika ditemui di tempat kejadian berkata, dia menerima maklumat kejadian tersebut kira-kira jam 10 malam.
“Sebelum kejadian, saya ada menghubungi ayah berkali-kali melalui telefon bimbitnya namun tidak berjawab.  
“Saya mulai rasa risau kerana sebelum ini ayah tidak pernah pulang lewat namun semalam (kelmarin) sehingga jam 9 malam dia masih tidak pulang ke rumah,” kata anak kedua daripada tujuh beradik itu.
Katanya, ayahnya merupakan seorang tukang kebun di sebuah sekolah Cina di Taman Sri Saujana memulakan kerja seawal jam 7 pagi dan balik pada jam 3 petang.
“Pada hari kejadian, tengah hari itu dia sempat pulang ke rumah untuk makan dan keluar semula tanpa memaklumkan saya ke mana dia hendak pergi. Namun saya tidak sangka ia adalah kali terakhir kami berjumpa,” katanya.
Difahamkan setakat jam 8 malam semalam, mangsa masih belum dijumpai dan operasi menyelamat diteruskan sehingga hari ini.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive