JITRA: Seorang lelaki warga Pakistan yang dalam kebingungan sempat menghubungi majikannya untuk memaklumkan dia baru saja membunuh rakan senegaranya ketika
bersahur dalam kejadian di Kuarters Ladang Paya Kamunting, dekat sini, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 30-an itu dipercayai panik sejurus mendapati rakannya, Mohamad Faheem Mohamad Habib Khan, 25, berlumuran darah selepas dipercayai ditetak dengan senjata tajam apabila berlaku pertengkaran mulut dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu.
Mayat mangsa ditemui tertiarap dengan kesan tetakan di kepala dan tangan di kuarters berkenaan.
No comments:
Post a Comment