Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 8, 2012

Bapa Belasah Anak Bercinta Dengan Lelaki Kulit Hitam


 London – Sepasang suami isteri sanggup memukul anak gadis mereka semata-mata tidak suka dengan teman lelakinya yang berkulit hitam.
Perbuatan berkenaan bagaimanapun membawa padah apabila
David dan Frances Champion dijatuhi hukuman penjara.
David dipenjara 12 bulan manakala isterinya pula dihukum penjara sembilan bulan.
Selain memukul anak gadis mereka yang berusia 17 tahun, Jane, teman lelakinya, Aflonce Ncube juga turut diserang dalam kes yang disifatkan sebagai perkauman.
 Dalam kejadian itu, Jane dipukul berulang kali di muka, manakala lehernya dicekik dan rambutnya ditarik sementara Ncube pula disepak di kaki.
Serangan pertama berlaku ketika pasangan itu menemui anak gadis mereka di dalam bilik bersama Ncube di kediaman mereka di Thomas, Swansea.
Marah dengan Ncube, David telah mencerca dan memukul lelaki itu sebelum menghalaunya keluar, dan selepas itu dia memukul anak gadisnya yang didakwa membawa malu kepada keluarga.
 Sebulan selepas itu, David telah menemui Jane di sebuah pub dan bertanyakan sama ada anaknya itu masih menemui Ncube.
Sebaik sahaja Jane mengakui masih mencinta lelaki kulit hitam itu, dia telah dibelasah dengan teruk oleh bapanya.
Hakim Peter Heywood ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, mereka yang tidak dapat mengamalkan toleransi kaum tidak dapat diterima oleh masyarakat.



“Cara kamu bertindak adalah sesuatu yang tidak wajar dan saya akan dilihat gagal dalam tanggungjawab ke atas orang awam sekiranya saya tidak melakukan apa-apa terhadap kamu.
`
`Justeru kamu perlu menerima hukuman atas perbuatan berkenaan,’’ kata hakim ketika menjatuhkan hukuman.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive