AIR PUTIH – Misteri kehilangan seorang warga emas lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk menghalau babi hutan yang menceroboh kebun di belakang rumahnya terjawab, apabila isterinya menemui suaminya itu terbaring bersama
senapang di tangan kira-kira jam 5.15 petang kelmarin, di Kampung Air Putih, dekat jambatan Jerangau-Jabor di sini.
Difahamkan, si mati yang berusia lingkungan 60-an keluar rumah bersama senapang kira-kira jam 4.30 pagi bagi memeriksa bunyi bising di kebun kecil di belakang rumahnya yang disyaki dilakukan babi hutan.
Bagaimanapun, selepas lebih 12 jam keluar rumah, si suami masih tidak pulang ke rumah menyebabkan isterinya yang berusia lingkungan 50-an mengambil keputusan untuk mencari di kebun ibu kayu dan tebu di belakang rumah mereka.
Sejurus dijumpai, si mati dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kemaman dan hasil pemeriksaan tiada kesan tembakan di badan di mati.
Hasil bedah siasat yang dilakukan kira-kira jam 10 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung serta berlaku jangkitan kuman pada jantung dan paru-parunya sebelum mayat dituntut ahli keluarga dan segera dikebumikan.
No comments:
Post a Comment