LONDON: Ular ini tidak mungkin mengancam nyawa anda, kecuali menyebabkan anda sakit gigi, kerana ia sebenarnya kek yang dibuat mengikut saiz ular sebenar.
Ia dibuat oleh Francesca Pitcher untuk anaknya, Claudia, sebagai menyambut ulang tahun kelahiran keenam kanak-kanak itu apabila dia meminta sesuatu yang ‘menakutkan,’ selepas
melawat sebuah zoo.Francesca, 37, yang fobia terhadap ular, menghabiskan masa tiga hari untuk menghasilkan replika realistik ular sawa Burma selepas mengkaji imejnya menerusi Internet.
Dia memasak kek yang sama besar dengan enam kek sepan sebelum mengukirnya menjadi ular sawa, antara ular tidak berbisa paling bahaya di dunia.
Wanita itu juga mengambil masa 12 jam menghiasi kek itu dengan fondan coklat putih serta pewarna khas untuk membuat kulitnya serta tanda yang berbeza.
Di majlis sambutan hari jadinya itu, Claudia dan 26 rakannya berebut-rebut untuk memakan kepala ‘ular’ berkenaan.
“Apabila siap, saya meletakkannya di dalam kotak dan menyimpannya di dalam bilik. Saya tidak boleh menengoknya.
No comments:
Post a Comment