KHAIRY JAMALUDDIN (tiga dari kanan), Razali (tiga dari kiri) dan Tun Faisal (kanan sekali) menunjukkan logo BN Youth Cyber Team pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur |
KUALA LUMPUR – Pemuda Barisan Nasional (BN) semalam melancarkan Pasukan Siber atau dikenali `BN Youth Cyber Team' (BNYCT) yang akan bertindak sebagai medium bagi menyalurkan maklumat umum kepada
orang ramai.
Pengerusinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pasukan tersebut yang terdiri daripada sukarelawan, akan menjadi perintis kepada generasi muda untuk bersama-sama menyebar maklumat tepat dan menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.
Menurutnya, pada masa ini, maklumat asal berkaitan politik semasa diperoleh daripada portal media arus perdana tetapi berita itu telah diwarnai dengan komen serta pendapat daripada pembaca yang lebih cenderung kepada pihak-pihak tertentu.
“Kita berharap platform ini akan mewujudkan satu gelombang atau ekosistem di mana maklumat kita dapat disampaikan kepada umum dengan lebih cepat dan tersusun.
“Kita terima hakikat generasi muda pada hari ini masih bergantung kepada media cetak arus perdana tetapi yang lebih dewasa mereka memilih untuk menggunakan media sosial sebagai sumber maklumat terkini,” katanya selepas majlis pelancaran pasukan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
No comments:
Post a Comment