Pengikut Boyzzonne

Friday, August 10, 2012

Pinjam pengecas sebelum rogol


SUBANG JAYA – Dengan memberi alasan kononnya mahu meminjam pengecas bateri telefon bimbit, seorang pekerja restoran tergamak merogol rakan sekerjanya sendiri selepas
mencekik wanita itu di sebuah asrama pekerja di SS14 di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, mangsa berumur 33 tahun dikunjungi lelaki berkenaan ketika berada di dalam salah sebuah bilik di asrama itu.
Oleh kerana mengenali lelaki itu, mangsa membuka pintu tanpa menyangka detik hitam bakal dilaluinya beberapa minit selepas itu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek warga Indonesia yang dikenali Herry terus mencekik leher mangsa dan menolaknya ke atas tilam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive