Pengikut Boyzzonne

Friday, August 10, 2012

'Hantu terima BR1M


ALOR SETAR: Satu lagi kes ‘hantu bernyawa’ atau individu masih hidup, tetapi direkodkan sebagai sudah mati oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dikesan di sini, namun agak aneh apabila
Wahid Bashah, 54, yang mengalami masalah itu hanya berdepan kesukaran ketika berurusan di jabatan imigresen, pada 5 Ogos lalu.

Namun, sepanjang tempoh dia diisytiharkan mati sejak 12 tahun lalu, dia masih boleh membuat perjalanan ke luar negara dan permohonannya mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada awal tahun ini, turut diluluskan.
“Masalah hanya timbul apabila saya tidak dibenarkan memperbaharui dokumen perjalanan ketika berurusan di pejabat jabatan imigresen pada 5 Ogos lalu,” katanya yang mula mengesan dia diisytiharkan meninggal dunia pada 2000.

Menurut penyelia kilang itu, ketika mengambil sijil kelahiran yang diperbaharui pada 2007 di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak, dia menyedari ada tarikh kematiannya tercatat sijil itu, tetapi dimaklumkan perkara itu tidak akan menimbulkan masalah.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive