Pengikut Boyzzonne

Thursday, August 9, 2012

Budak 5 tahun hilang tangan tersepit mesin tebu


BALING - Sambutan hari raya tahun ini sudah pasti berbeza buat Mohd. Hafiz Haikal Shaharudin, 5, yang putus pergelangan tangan kanannya akibat tersepit mesin tebu pada
pukul 4.30 petang 31 Julai lalu.
Ibunya, Siti Aishah Mohamad Sidek, 33, memberitahu, sebelum kejadian, dia singgah di sebuah gerai menjual air tebu di Jalan Kampung Sungai Limau dekat sini.
Siti Aishah berkata, dia memberhentikan kereta di tepi jalan manakala Mohd. Hafiz Haikal dan anak keduanya, Nurul Intan Safira menunggu dalam kereta.
Ketika ibunya sedang berurusan membeli air tebu, mangsa keluar dari kereta dan memegang mesin yang sedang memerah batang tebu menyebabkan tangan kanannya tersepit.
Usaha mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dilakukan lebih 30 minit dengan bantuan orang ramai.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive