Pengikut Boyzzonne

Friday, August 10, 2012

Peneroka Felda di Kelantan terima bonus raya RM1.281 juta


GUA MUSANG - Seramai 3,114 peneroka di 11 Tanah Rancangan Felda di Kelantan akan menerima insentif bonus raya berjumlah RM1.281 juta yang dibayar secara berperingkat mulai hari ini.
Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Norzuki Mustafa berkata daripada jumlah itu, seramai 2,946 peneroka menerima bonus raya RM400 seorang manakala
168 lagi hanya menerima RM200 seorang.
"Perbezaan menerima bonus itu kerana ada peneroka yang tidak
bersama Felda diberi hanya RM200 berbanding mereka yang bersama Felda mendapat RM400
seorang," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Wang Insentif Kepada Peneroka Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012 di Masjid Felda Chiku 5, di sini, hari ini.
Penyampaian bonus itu dilakukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Kelantan Mohd Nor Fazly Mohd Daud.
Norzuki berkata bayaran bonus itu bagi Felda Gugusan Gua Musang akan dapat diselesaikan dalam masa beberapa hari ini manakala Felda Gugusan Tanah Merah
akan berbuat demikian 14 Ogos ini.

Beliau berkata, pemberian bonus raya kepada peneroka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dan tindakan susulan dilakukan
peringkat pengurusan Felda untuk menyelesaikan pembayarannya sebelum Aidilfitri.
"Mereka cukup bertuah kerana sentiasa mendapat pembelaan daripada kerajaan bermula Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), durian runtuh RM15,000 sekeluarga dan sekarang bonus raya pula," katanya.
Beliau berkata peneroka di Tanah Rancangan Felda seluruh negara juga bakal menerima dividen saham yang dimiliki pada akhir tahun ini tetapi jumlahnya belum dapat ditentukan lagi.
"Hanya yang saya rasa sedih sedikit ada peneroka kita yang menolak durian runtuh disebabkan terpengaruh dengan hasutan pembangkang. Itu semua merugikan
mereka dan keluarga masing-masing.
"Wang bonus raya ini belum dapat diketahui lagi sama ada terdapat peneroka yang menolaknya dan perkara itu terpulanglah kepada mereka sendiri," katanya.- Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive