KUALA LUMPUR: Derita seorang wanita warga Indonesia yang dikurung seorang lelaki dan dijadikan hamba seks selama lebih dua bulan hingga menyebabkannya mengandung berakhir apabila diselamatkan isteri lelaki berkenaan.
Difahamkan, wanita berusia lingkungan 20-an itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira tiga bulan lalu yang mendakwa kononnya
ejen pendatang asing dan boleh membantu menghantarnya pulang semula ke negara asal.Malangnya, sumber berkata, wanita itu bukan saja ditipu lelaki berkenaan malah terpaksa melalui detik hitam apabila dikurung dan dijadikan pemuas nafsu sebelum diselamatkan polis dengan bantuan isteri lelaki terbabit, awal pagi kelmarin.
Mangsa yang bekerja di sebuah negeri di pantai timur diperdaya lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan mendakwa boleh membantu menguruskan dokumen perjalanan pulang ke negara asalnya.
“Tanpa berfikir panjang, mangsa mengikut lelaki berkenaan bersama seorang lagi lelaki dipercayai rakan lelaki terbabit ke ibu kota. Mereka kemudian membawa mangsa ke sebuah kondominium di Kepong, di sini.
“Lelaki terbabit menyuruh mangsa menetap di rumah itu bersama rakannya sementara menunggu dokumentasinya selesai. Namun, selepas seminggu tinggal di rumah berkenaan, mangsa masih tidak mendapat pasport dan tiket penerbangan seperti dijanjikan,” katanya.
“Mangsa mendakwa lelaki itu dan rakannya dipercayai ahli sindiket pelacuran kerana sering membawa pulang beberapa wanita ke rumah berkenaan bersama beberapa lelaki lain yang dipercayai pelanggan kepada wanita terbabit,” katanya.
“Lelaki itu dipercayai menghantar kiriman SMS memberitahu keadaan mangsa. Bagaimanapun, kandungan SMS itu dibaca isteri lelaki itu menyebabkan wanita berkenaan terkejut.
“Wanita berusia lingkungan 30-an itu mengesyaki sesuatu sudah berlaku menyebabkan dia terus bergegas ke kondominium rakan suaminya itu sebelum menemui mangsa.
Sumber berkata, tindakan wanita itu membawa padah apabila dia turut dikurung suaminya sendiri yang datang ke rumah berkenaan sebaik dimaklumkan rakannya mengenai kehadirannya.
Difahamkan, wanita terbabit kemudian bertindak menghubungi polis meminta bantuan sebelum sepasukan polis tiba di rumah itu dan menyelamatkan mereka.
No comments:
Post a Comment