Pengikut Boyzzonne

Tuesday, December 18, 2012

Trend baru motivasi untuk menarik minat penonton adalah dengan “Berbogel” ?


LOS ANGELES: Adakah ini suatu trend baru dalam dunia hiburan atau suatu lifestyle dalam masysakat? Aktres Gwyneth Paltrow berkata jurulatih kecergasannya Tracy Anderson memaksa dia berbogel semata-mata untuk
menyuntik motivasi bagi memperolehi bentuk badan yang ideal.
Kata Paltrow, insiden itu berlaku ketika dia bertemu jurulatih itu buat kali pertama bagi memulakan sesi kecergasan tersebut. Laman dailystar.co.uk melaporkan, pelakon filem Shakespeare in Love itu memberikan pujian kepada jurulatih berkenaan kerana membantunya menurunkan berat badan ketika hamil anaknya, Moses sebelum ini.
“Saya tidak menghadapi kesukaran untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak perempuan sebelum ini tetapi pada kali ini (Moses), ia tidak berkesan.
“Saya tidak boleh menurunkan berat badan tetapi sejak bertemu Tracy, dia menjadi penyuntik semangat saya.
“Saya tidak akan lupa pada insiden dia menanggalkan seluar saya dan berkata, ‘Oh tidak, saya sangat terkejut kerana awak nampak hebat di luar. Saya tidak menjangkakan ini (keadaan fizikal),” kata aktres itu.
Bagaimanapun, Paltrow menegaskan tindakan ekstrem jurulatih itu mengembalikan semua keindahan dalam rumah tangganya bersama penyanyi Chris Martin.
“Dia (Tracy) memberikan kebaikan kepada hidup saya, keyakinan diri, kehidupan seksual dan segala-galanya,” katanya seperti dipetik majalah Reebok.
Menurut Weblog Ibnu Hasyim, “Kalau betul begitu, ini suatu trend merbahaya kepada dunia ketamadunan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive