Pengikut Boyzzonne

Tuesday, December 18, 2012

Panduan Membeli Barang Dalam Tin


Makanan dalam tin seperti sardin antara makanan yang popular sekali dijual di pasaran. Selain mudah di bawa ke mana-mana dan dimasak, ia sering menjadi pilihan orang ramai terutamanya jika mahu melancong ke tempat jauh, berkhemah dan sebagainya. Jadi di sini kita akan berkongsi tentang
panduan membeli barang dalam tin. Label pada pembungkus makanan dan barangan juga boleh mempengaruhi pembeli. Sebagai pengguna yang bijak, kita tidak harus terpengaruh dengan hiasan, perkataan dan warna pada label atau pembungkus.


Lihat dulu mutu barangan dan tarikh akhir penggunaan bagi makanan, seperti roti, susu, cokelat, minyak masak, krim, jus dan seumpamanya.

Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan menurunkan beberapa panduan sebelum membeli-belah:

* Teliti bahan yang terkandung di dalam pembungkus makanan untuk memastikan tahap kolestrol, karbohidrat, lemak, gula dan garam.

* Elak membeli makanan dalam tin yang berkarat, kemek atau menggelembung.
* Pastikan makanan yang anda ingin beli diletak di dalam keadaan baik dan belum melewati tarikh akhir yang memerlukan penandaan tarikh.

* Elak membeli makanan yang tamat tempoh walaupun dijual pada harga lebih murah. Ini kerana makan itu mungkin sudah rosak dan boleh membahayakan kesihatan.

* Baca dan teliti arahan cara menyimpan yang dinyatakan di dalam label.
Ini untuk mengelak makanan menjadi rosak sebelum tamat tarikh akhir.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive