Pengikut Boyzzonne

Monday, August 6, 2012

Pemandu maut rempuh pokok tengah jalan

Keadaan mangsa yang tersepit selepas kenderaannya merempuh pokok


GEORGETOWN - Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Greenlane awal pagi semalam.
Pegawai Trafik Daerah Timur Laut, Asisten Superintendan C Ganesan berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.40 pagi, mangsa MB James Jayatissa, 27, dikatakan memandu laju dalam perjalanan dari
arah Jalan Scotland-Jalan Masjid Negeri menuju ke Jalan Greenlane.
Ganesan berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu seorang diri gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok di tengah-tengah jalan dan menyebabkan bahagian kanan hadapan kereta remuk.
Akibat kejadian itu, mangsa dilaporkan tersepit di tempat duduk pemandu dan dia yang cedera parah cuba dibantu oleh orang ramai namun gagal. Mereka terpaksa menunggu bantuan anggota bomba.
“Sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera akhirnya berjaya mengeluarkan mangsa melalui pintu tempat duduk belakang. Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan terus dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HPP,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive