KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan Kanada untuk menolak pengambilalihan Progress Energy Resources Corp. (Progress Energy) oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menunjukkan peningkatan trend global dalam nasionalisme sumber.
Menurut firma penarafan global, Fitch Ratings, kerajaan-kerajaan dunia mengalami tekanan untuk
memaksimumkan kawalan sumber asli mereka sebagai penampan terhadap kenaikan harga komoditi sejak 10 tahun lalu, melengahkan pertumbuhan ekonomi global dan dasar monetari ultra mudah yang diguna pakai oleh bank-bank pusat utama termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun.
"Keputusan ini meningkatkan kemungkinan kerajaan Kanada untuk turut menolak tawaran CNOOC Ltd. dari China bagi memperoleh syarikat pengeluar minyak dan gas huluan Kanada, Nexen Inc., pada nilai ekuiti sebanyak CA$15 bilion (CA$1=RM3.06)," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
No comments:
Post a Comment