Peserta berlatih guna senjata api ketika menyertai Kursus Asas Pengiring Orang Kenamaan Level 1 di Kem Latihan Delta Komasir, Kampung Permatang Pasir, Selangor, baru-baru ini. |
Pengasas pusat berkenaan, Mahathir Manan berkata, kerjaya tersebut tidak memerlukan individu berkelulusan
tinggi, malah pemegang sijil di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) juga boleh menyertainya.
Menurutnya, apa yang menarik, pendapatan ataupun gaji yang bakal diperolehi juga lumayan dan sama taraf dengan mereka yang berkelulusan tinggi.
“Bagaimanapun, mereka yang berminat perlu menjalani beberapa sesi latihan sebelum melayakkan diri menceburi profesyen berkenaan.
“Setiap pengawal pengiring terlatih, sekurang-kurangnya perlu menyertai Kursus Asas Pengiring Orang Kenamaan Level 1, berusia 18 tahun ke atas, sihat tubuh badan dan tiada rekod jenayah,” katanya.
Mahathir berkata, sejak pusat latihan berkenaan ditubuhkan pada 2006, pihaknya sudah melatih 3,000 peserta yang terdiri dari agensi kerajaan, syarikat kawalan keselamatan dan individu.
Katanya, selain melatih peserta dalam mengendalikan senjata api, modul turut menekankan aspek kemahiran seni pertahanan diri, psikologi dan pelbagai kepakaran lain.
“Ramai yang menganggap individu yang memiliki latar belakang pasukan keselamatan seperti tentera dan polis sahaja yang layak menyertai bidang ini tetapi sebenarnya individu biasa juga mampu menceburkan diri,” katanya.
Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kursus berkenaan bolehlah melayari laman web www.cppts.com.my.
No comments:
Post a Comment