Pengikut Boyzzonne

Wednesday, October 17, 2012

VIDEO: Wonder Girls Pakai Baju Kurung


Teruja betul ketika melihat video penyanyi berkumpulan wanita dari Korea ini iaitu Wonder Girls.
Di dalam salah satu segmen yang yang dibawakan mereka ketika melakukan konsert di Stadium Negara, Sabtu lalu, lima anak muda itu kelihatan manis dengan mengenakan baju kurung corak sedondon tetapi berlainan
warna.
Pandai sungguh mereka mengambil hati peminat di Malaysia.
Lebih mengujakan, apabila mereka tidak kekok dalam mengenakan pakaian itu semasa menyampaikan lagu popular berjudul Be My Baby.
Penampilan unik Yu Bin, So Hee, Yenny, Lim dan Sunny itu kini telah menjadi topik perbualan hangat di Korea.
Tidak kurang juga, ada diantara peminat mereka di sana sudah mula jatuh hati dengan baju kurung.
Saksikan video mereka ini.


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive