KOTA KINABALU – Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menegaskan sekali lagi bahawa kapal selam Scorpene diselenggara dengan baik dan mampu beroperasi dalam mengawal keselamatan negara.
Beliau berkata, sudah banyak operasi menggunakan kapal selam itu dilaksanakan di bawah arahannya.
“Perkara ini mengecewakan saya. Saya seru agar dakwaan yang tidak benar ini dihentikan,” katanya kepada kumpulan media yang dibawa melawat pangkalan TLDM di sini kelmarin.
Kumpulan media itu turut dibawa meninjau kapal selam Scorpene yang dibeli dari Perancis dengan nilai RM3.4 bilion itu.
Kapal selam tersebut menggunakan nama KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.
Abdul Aziz mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini bahawa tindakan beberapa pihak, terutama parti pembangkang, yang sering mempertikai perolehan aset pertahanan negara akan hanya memberi kesan negatif kepada pasukan keselamatan negara.
No comments:
Post a Comment