Pengikut Boyzzonne

Saturday, October 20, 2012

Mayat dalam tikar getah tepi Lebuh Raya

hiasan

PENDANG: Seorang pekerja kontraktor pengangkut sampah terkejut mendapati objek yang ditemui berbungkus dengan tikar getah di tepi lebuh raya berhampiran Hentian Sebelah Bukit Ko’bah hala utara adalah mayat seorang
lelaki dipercayai warga Myanmar.

Mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemui pada jam 10.50 pagi ketika pekerja kontraktor terbabit sedang melakukan rondaan rutin di lebuh raya bagi mengutip sampah di sepanjang laluan itu. 
Difahamkan, pekerja kontraktor itu ternampak gulungan tikar getah sebelum menghampiri objek berkenaan, namun dikejutkan sebaik melihat kaki manusia yang terjuntai keluar.

Sumber berkata, sebaik melihat kejadian itu, lelaki berkenaan segera menghubungi unit peronda lebuh raya sebelum sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati mayat lelaki tanpa sebarang kesan kecederaan.

“Berdasarkan pemeriksaan lanjut pasukan paramedik serta anggota forensik, mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada sebarang kesan lebam di badan mangsa.


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive