Pengikut Boyzzonne

Friday, October 19, 2012

Remy Ishak Menyindir Aqasha Di Twitter?

Tengok betapa obses’nya kami terhadap Remy Ishak, hari ini sahaja sudah dua kisah beliau kami paparkan termasuk yang ini — kisah yang agak jarang berlaku.

Mungkin selalu berlaku di’kalangan selebriti wanita untuk saling menyindir di laman sosial terutamanya Twitter, namun untuk selebriti lelaki, bunyi’nya seperti tidak cool.







Sekitar 10.00 malam pada 15 Oktober yang lalu, Remy Ishak menulis sebaris ayat yang beliau tag sebagai Cerpen Twitter tetapi seolah olah menyindir rakan pelakon, Aqasha.

“Si penggemar rahsia memang gemar berahsia, lebih lebih lagi tentang hubungan kekasih gelapnya dari pengetahuan sang isteri,” itu ayat tulisan Remy Ishak yang kami maksudkan.



Ada kemungkinan tulisan Remy Ishak di’tujukan buat Aqasha adalah kerana deskripsi akaun pelakon Dejavu Di Kinabalu itu ada menulis diri beliau sebagai ‘penggemar rahsia’.

Mungkinkah Remy Ishak tahu sesuatu yang kita semua tidak tahu — atau semua ini hanya kebetulan? Hmm.

Sumber: Rotikaya.com

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive