Pengikut Boyzzonne

Saturday, October 20, 2012

Lanun Indonesia cuba Rompak Kapal di sarawak kalah kena sembur


KUCHING: Dua daripada lapan kru sebuah kapal dagang menggunakan alat pemadam kebakaran bagi menyelamatkan diri selepas kapal yang sarat membawa muatan kontena dirompak sekumpulan lanun warga Indonesia di perairan negara ini, kira-kira
10 batu nautika dari Tanjung Po, di sini, petang kelmarin.

Tindakan berani anak kapal itu bukan saja berjaya menghalang mereka daripada dirompak, malah empat lanun terbabit turut ditangkap anggota Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) Sarawak sebaik menerima panggilan kecemasan jam 1.30 tengah hari. 

Sebelum kejadian, kapal itu menunda tongkang membawa muatan 116 kontena dari Pelabuhan Klang, Selangor, dalam perjalanan ke Bintulu, sebelum dihampiri sebuah bot pancung dinaiki lebih 10 lanun.

Kejadian berlaku ketika kapal dan tongkang berkenaan menuju ke Bintulu sebelum sebuah bot pancung yang dinaiki penjenayah terbabit menghampirinya.

Pemangku Ketua Penguat kuasa Maritim Wilayah Sarawak, Abim Sungom berkata, beberapa lanun cuba memanjat kapal penunda (Hub 1), namun gagal berikutan tindakan pantas anak kapal mengambil alat pemadam kebakaran lalu menyembur ke arah mereka.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive