Pengikut Boyzzonne

Wednesday, October 17, 2012

FAM pasang kamera sekitar stadium Shah Alam

HAMIDIN (tiga daripada kanan) sambil ditemani pegawai daripada kedua-dua pasukan menjalankan pemeriksaan ke atas padang Stadium Shah Alam

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memasang kamera tersembunyi di dalam dan di luar kawasan Stadium Shah Alam menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia yang menemukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Kelantan, Sabtu ini.
Ia sebagai langkah untuk membanteras tindakan segelintir penyokong yang
didapati melanggar peraturan dengan membawa bahan larangan antaranya seperti mercun dan vuvuzela.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Salleh Md. Rashid semalam.
"Kawalan lebih ketat akan diadakan pada final Piala Malaysia kali ini berbanding tahun lalu.
"Selain kekuatan seramai 1,000 anggota polis yang bertugas pada final Piala Malaysia itu kelak, kami juga akan memasang kamera di dalam dan di luar stadium.
"Ia merupakan langkah untuk mengenal pasti tindak-tanduk penyokong yang melanggar arahan dengan membawa bahan larangan seperti mercun, vuvuzela atau kain rentang berbaur hasutan.
"Kamera tersembunyi ini banyak diletak di dalam kawasan stadium yang mana ia merupakan keutamaan kami ketika perlawanan itu berlangsung," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam.
Dalam perkembangan yang sama, Salleh yang menaruh keyakinan kepada peminat-peminat Kelantan dan ATM untuk menjaga tingkah laku, menyifatkan kejadian yang tidak diingini bakal berlaku pada perlawanan tersebut.
"Saya berharap mereka (penyokong) akan bersikap profesional ketika menyaksikan perlawanan akhir itu kelak. Kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.
"Kami berharap mereka akan bersikap lebih positif dan menyemai semangat kesukanan yang tinggi," katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive