Pengikut Boyzzonne

Wednesday, October 17, 2012

Nilai Khairul Fahmi RM3 juta?

KHAIRUL FAHMI dikatakan mendapat tawaran lumayan.

KALAU betul, ia mungkin suatu yang positif dan nilai yang diberikan itu merupakan suatu perkembangan baru untuk bola sepak tempatan.”
Demikian ujar pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim ketika mengulas mengenai dakwaan kononnya penjaga gol The Red
Warriors, Khairul Fahmi Che Mat mendapat tawaran RM3 juta daripada sebuah pasukan lain.

Bagaimanapun katanya, apa yang mengecewakan, berita tersebut hanya disensasikan di akhbar kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak menerima sebarang tawaran secara rasmi setakat ini.
“Satu apa pun kita tak terima daripada pasukan tersebut. Itu mungkin satu tawaran yang mahu merosakkan pasukan ataupun mensensasikan perkara yang tidak logik.
“Mungkin ada motif-motif tertentu. Setakat ini kita tidak ada menerima permohonan rasmi, hanya melalui siaran akhbar sahaja.
“Saya rasa nilai tersebut, kalaulah betul, mungkin satu benda yang baharu. Kita tak mahu laporan dalam akhbar kata nak bagi berjuta-juta, sedangkan benda itu tidak berlaku.
“Setakat ini kita memang tidak tahu mengenai perkara ini. Apa-apa surat yang rasmi kalau sampai kepada kita, kita akan tengok dan pertimbangkan secara profesional dan telus,” katanya ketika ditemui kelmarin.
Dalam pada itu, Azman tidak menafikan bahawa pihaknya menerima beberapa surat daripada pasukan negeri yang menyatakan minat terhadap pemain-pemain Kelantan.
“Kita pun telah menjawab (surat) tersebut dan menyatakan bahawa pemain-pemain kita masih ada kontrak. Jadi, jawapan kita adalah tidak berminat untuk berunding.
“Memanglah kita pasukan yang juara ini, orang tengok semua pemain kita bagus, bukan pemain sahaja mungkin juga jurulatih. Jadi, pada saya ia satu perkembangan yang bagus, maknanya nilai pemain kita naik dengan sendirinya.
“Kadang-kadang perlu ingat nilai pemain naik kerana pasukan. Mungkin pasukan yang menaikkan mereka kerana bola sepak melibatkan 11 pemain,” ujarnya.
Sementara itu, Azman berkata, KAFA kini bersedia menerima tawaran daripada mana-mana pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia untuk mendapatkan dua pemain importnya, Danny Antwi dan Emmanuel Okine secara pinjaman.
“Kedua-dua mereka menyatakan hasrat untuk untuk bermain di sini walaupun dalam Liga Perdana ataupun Liga FAM. Jadi, mana-mana pasukan yang berminat boleh berunding dengan kita untuk memberi mereka peluang beraksi.
“Bagi musim depan, sebahagian besar pemain Kelantan akan kekal bersama pasukan dan hanya beberapa pemain akan dilepaskan. Kita mungkin akan membawa satu atau dua pemain baharu ke dalam pasukan,” jelasnya.
sumber kosmo

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive