DUA kakitangan RHB Bank menunjukkan replika kad kredit EVO RHB di Kuala Lumpu |
PETALING JAYA - Golongan muda bakal menikmati potongan harga sehingga 50 peratus untuk membeli tiket wayang mulai bulan ini sehingga Januari 2013 jika mereka menggunakan kad kredit EVO RHB.
Tawaran selama tiga bulan itu merupakan promosi istimewa RHB Bank Bhd. (RHB Bank) kepada pemegang kad kredit sedia ada dan baharu sempena penjenamaan semula EVO RHB.
Pengarah Perbankan Runcit RHB Bank, Vince Au Yoong berkata, tawaran itu sah di semua pawagam seluruh negara.
"Kami menyasarkan kad ini akan dilanggan oleh golongan muda yang berumur lebih 21 tahun kerana mereka suka kepada hiburan.
"Selain itu, pemegang kad ini juga berpeluang untuk mendapat pelbagai potongan harga yang menarik dan promosi yang bakal dianjurkan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran semula EVO RHB di sini semalam.
No comments:
Post a Comment