Pengikut Boyzzonne

Thursday, October 18, 2012

Dipukau wanita berjubah hitam

SITI SHAMSHIAH menunjukkan beg tangan yang menjadi tempat dia menyimpan barangan kemas di Kulim semalam.

KULIM – Seorang bekas pekerja Telekom Malaysia kerugian lebih RM20,000 selepas barang kemas dan jam tangan miliknya dilarikan oleh seorang wanita berjubah hitam di Padang Serai di sini Jumaat lalu.
Mangsa, Siti Shamshiah Ahmad, 60, mendakwa, dia tidak menyedari kehilangan barangan tersebut kerana
telah dipukau oleh wanita tersebut.
Ceritanya, ketika kejadian, dia bersama suami serta beberapa ahli keluarga lain keluar untuk membeli barangan keperluan di pekan Padang Serai kira-kira pukul 10.30 pagi.
Ujarnya, ketika singgah di sebuah gerai menjual ubat tradisional, dia tiba-tiba dihampiri oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya.
“Wanita itu mendakwa dia mengalami sakit mata dan meminta saya melihat ke arah matanya yang merah.
“Saya mengikut arahannya dan sebaik melihat mata wanita itu secara dekat, saya tidak sedar apa yang berlaku selepas itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Keladi Lambok di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive