Pengikut Boyzzonne

Thursday, October 18, 2012

Kesabaran Mew Choo Buka Hati Saya – Lee Chong Wei


Selepas menanti selama 11 tahun, dan menyembunyikan kisah cinta mereka, pemain badminton nombor satu dunia akhirnya bersedia untuk berkahwin dengan Wong Mew Choo pada 10 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Chong Wei yang akan berusia 30 tahun pada 21 Oktober, akhirnya mengakui yang kesabaran yang ditunjukkan oleh Mew Choo yang berjaya membuka hatinya.
Saya kenal Mew Choo sejak zaman remaja lagi dan kami pernah mempunyai ikatan dan pernah terlerai ikatan perhubungan selama 11 tahun lepas. Sudah tentu terdapat salah faham tetapi dia sentiasa berada di sisi saya.
Dia kenal dan suka saya sejak saya bukan sesiapa pun dulu, dan itu tak pernah berubah. Dia sudah menunggu saya sejak sekian lama dan saya ambil keputusan untuk berkahwin dengannya. Dia seorang yang sabar dan saya sukakan kualiti itu dalam dirinya.
Perancangan perkahwinan mereka hampir tidak menjadi kerana nenek Mew Choo meninggal dunia baru-baru ini. Menurut adat orang Cina, mereka perlu berkahwin dalam tempoh seratus hari selepas pengebumian atau perlu menunggu lagi selama tiga tahun.
Kami berbincang mengenainya dan membuat keputusan untuk berkahwin lebih awal. Saya akan jadi terlalu tua jika tunggu tiga tahun lagi!
Chong Wei dan Mew Choo yang merupakan pemain badminton wanita nombor satu negara sehingga dia bersara baru-baru ini menghabiskan masa tiga jam untuk sesi fotografi perkahwinan mereka di Resort Sepang Gold Coast Palm Tree.
Ditanya sama ada keputusannya untuk berkahwin akan menyebabkan dia kehilangan peminat perempuan dia hanya ketawa:-
Saya tak sabar menanti perkahwinan saya dengan Mew Choo tapi saya tak fikir akan kehilangan peminat kerana perkahwinan. Saya ada ramai peminat tetapi mereka minat saya kerana kemahiran badminton. Saya rasa itu tidak berubah.
Chong Wei menjangkakan dia akan menerima ramai tetamu untuk majlis resepsi perkahwinannya. Malah dia merancang untuk meraikan perkahwinannya selama lebih dua hari. Kredit gambarAnovia Bridal.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive