SHAH ALAM - Pemilik banglo mewah yang bumbung konkritnya runtuh di Seksyen 7 di sini kelmarin mendakwa dia terkejut dengan kejadian yang mengakibatkan seorang maut manakala lima lagi buruh binaan parah.
Ahli perniagaan berusia lingkungan 50-an yang enggan namanya disiarkan itu mendakwa, dia telah melantik Perunding Pengurusan Projek (PMC) untuk urusan ubah suai itu dan tidak menyangka runtuhan boleh berlaku
memandangkan kontraktor tersebut berpengalaman luas dalam bidang pembinaan.
Dakwanya, dia juga tidak mengetahui mengenai urusan permohonan pelan tambahan atau ubah suai kediaman harus dipohon daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana beranggapan ia telah diuruskan oleh PMC.
"Saya beli rumah ini sudah lama dan perbincangan dengan PMC untuk kerja-kerja pengubahsuaian termasuk urusan hiasan dalaman banglo diadakan sejak akhir tahun lalu.
"Kerja-kerja pengubahsuaian mula dijalankan pada Julai lepas dan dijangka siap penghujung tahun ini atau awal tahun depan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Lelaki itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tindakan MBSA yang hendak mengheretnya ke mahkamah sebaliknya mahu memikirkan cara untuk membantu kesemua mangsa. Dia juga enggan memikirkan tindakan yang ingin diambil ke atas kontraktor terbabit.
No comments:
Post a Comment